Sunday, 28 September 2014

Hujung Minggu -tidur rumah moksu

 mandi air pancut tengahari dengan akil



malamnya tidur dengan akil di rumah moksu.
abang badan gatal-gatal ,tak lena tidur sebab berpeluh main malam tadi.
last-last dia mandi jam 2 pagi, baru lena tidur

Friday, 26 September 2014

Sarapan pagi di Ratha

 bergembira sebelum kami bergaduh..




haa tengoklah lauk kami makan..
sungguh menyelerakan..
hikhik..

Santai Petang-Main Di Taman











makin kurus mak menjaga kami..haha

Tuesday, 23 September 2014

Mak ajak pergi tengok kereta Perodua Axia

inilah kereta yang mak berkenan nak beli untuk hantar kami ke sekolah.
cantik kan..?



 ini model yang sebenar. 




 abang tak boleh menyorok dah..
dah besar..!!!



Model Axia yang sebenar. 
Cantik dan manis kan mak kami..
hikhikhik

Kami pergi ladang di cuti sekolah


hari ini kami ke ladang mak di koyan. sampai je kami terus kerja..tapi kerja makan la.
kami lapar..
seronok kami makan atas tikar.


muka raziq konon kepenatan kerja. padahal tak kerja pun. 
abang badan ketul-ketul..lemak. haha


 macam biasa..lepas makan kami main.
ini luka sikit je..adik men'cangkul'kan pipi abang.
geram katanya..




cuba teka kami buat apa kat sini..dalam hutan pulak. 
siap dengan unggun api lagi..



haha..kami teman pa mendulang .
pa saja turun ke sungai untuk cuba nasib. kata pa , kat sini ada potensi banyak .
tapi..mulut kami bising. haha nakal kami kan.



balik rumah koyan, ibu dengan moksu buatkan kuih untuk makan petang.
best ooo..mak sedara kami pandai masak.
syiookk..

Friday, 19 September 2014

video saat Snowgrey nazak. kami sedih.


HARI SEDIH.. :( SNOWGREY MATI..!!!

 0800 Pagi: Masa ayah buat kerja ,perasan SnowGrey tak sihat. Terus bawak ke klinik haiwan. Snowgrey tak mau pandang ayah..kerana sedih kesakitan.



 Setelah dipujuk, Snowgrey berpaling. Itupun tengok ke arah lain.



0810 pagi: Sampai di klinik haiwan,bersebelahan sekolah india dekat kolam. Doktor haiwan periksa Snowgrey. Katanya badan dia sejuk tetapi tak demam. Ayah kata, abangnya sudah mati 2 hari lepas. kemungkinan Snowgrey kesedihan..kemurungan.

Sesampai di rumah, Umi sebelah tolong jaga dan beri makanan kepada Snowgrey memandangkan kami nak ke hospital melawat moksu dan mak nak buat IC baru. 

Harap-harap Snowgrey sihat lepas makan dan minum.



 Kami tiba di pejabat buat IC mak. Masa ini Umi sebelah ada call ayah beritahu yang dia letak Snowgrey di rumah kami,bimbang Snowgrey mati dan kena pukul. Umi nak balik kampung.



 Setelah siap, kami pergi makan tempat biasa dan membungkus makanan untuk moksu kami.



 Tiap kali kami ke hospital raub,kami akan melawat kolam ikan. sekarang makin cantik kolam.



 perkara yang mengujakan abang ialah tentang public phone, zaman kegemilangan ayah dahulu ni. kami haru cuba,tetapi tak boleh guna..ala..



 abang jenis tak mudah semangat, walau tak elok telefon tu dia mesti nak cuba jadi sampai elok jugak.


Jom mak, kita balik. Abang nak tengok Snowgrey dah sihat ke belum.
Kesian dia...



 Tiba-tiba, Snowgrey makin teruk.! Nafasnya amat laju. Seperti menderita nak mati.
Masa ni Snowgrey menjerit seperti orang sakit.


Kami menangis..!


 Mak cuba bantu pernafasan Snowgrey supaya jantungnya normal. Mak tekan-tekan dada Snowgrey.
Tapi tiada respon.
Kami menjerit sekuat hati..menangis tengok Snowgrey akan mati.
:(


 Akhirnya...
Snowgrey pergi jua...
Abang meraung menangis sekuat hati. Adik ikut sama menangis.
Kami rindukan Snowgrey..Mak.. :(


 Ayah menggali kubur untuk Snowgrey.. Kami baca doa untuk Snowgrey.
Sedih sangat..!



Atas permintaan abang, ayah membenarkan kami mengambus Snowgrey.
Hati kami berat, tetapi kami harus tabah..
SNOWGREY-KAMI SAYANG KAMU.. :(



INILAH GAMBAR SNOWGREY DAN SNOWBLACK KETIKA KECIL.
CUTE KAN..
9 FEB 2014 - 18 SEP 2014

Wednesday, 17 September 2014

Bunga seri pagi tumbuh

Nampak tak bunga seri pagi ayah dah tumbuh. Itu macam bermakna rezeki akan bertambah..hiho

Melawat Mok Su Masuk Wad- Baby Sepupu Kami Tidur dalam Perut Moksu hihi

Hari ini ayah masuk hutan.. kami dengan emak nak ke rumah mok su jalan-jalan.
berhenti makan nasi ayam dulu.. Raziq lapar menjilat lengan..hihi



tengokla abang makan dengan luas nganganya.. ayam mesti nak bahagian peha. jari dah gemuk..!



ini sahaja lauk yang Raziq nak. nasi dan sup ayam dah cukup. peace mesti tak lepas..haha!
malu la kononya..



bermain bersama akil di rumah moksu. 



bersama emak yang cute comey..tapi garang oooo..!!!



malamnya..kami ke hospital raub sebab keadaan bakal sepupu kami tak gerak di dalam perut moksu.
mok su masuk wad..hihi.



 waktu masuk wad, ayah jaga raziq. main play doh sampai raziq tak sedar mak dan abang ke hospital hantar nasi..hihi.



ayah buat orang salji, raziq suka amat..sampai tak sedar abang dan mak dah ke hospital. hihi..




bersama moksu di wad bersalin.
tak sabarnya nak tunggu sepupu baru kami..hihi.
raziq tunjuk isyarat 4 kepada ayah..manakala azim tunjuk 2
apekah?..haha

Monday, 15 September 2014