Friday, 19 September 2014

HARI SEDIH.. :( SNOWGREY MATI..!!!

 0800 Pagi: Masa ayah buat kerja ,perasan SnowGrey tak sihat. Terus bawak ke klinik haiwan. Snowgrey tak mau pandang ayah..kerana sedih kesakitan.



 Setelah dipujuk, Snowgrey berpaling. Itupun tengok ke arah lain.



0810 pagi: Sampai di klinik haiwan,bersebelahan sekolah india dekat kolam. Doktor haiwan periksa Snowgrey. Katanya badan dia sejuk tetapi tak demam. Ayah kata, abangnya sudah mati 2 hari lepas. kemungkinan Snowgrey kesedihan..kemurungan.

Sesampai di rumah, Umi sebelah tolong jaga dan beri makanan kepada Snowgrey memandangkan kami nak ke hospital melawat moksu dan mak nak buat IC baru. 

Harap-harap Snowgrey sihat lepas makan dan minum.



 Kami tiba di pejabat buat IC mak. Masa ini Umi sebelah ada call ayah beritahu yang dia letak Snowgrey di rumah kami,bimbang Snowgrey mati dan kena pukul. Umi nak balik kampung.



 Setelah siap, kami pergi makan tempat biasa dan membungkus makanan untuk moksu kami.



 Tiap kali kami ke hospital raub,kami akan melawat kolam ikan. sekarang makin cantik kolam.



 perkara yang mengujakan abang ialah tentang public phone, zaman kegemilangan ayah dahulu ni. kami haru cuba,tetapi tak boleh guna..ala..



 abang jenis tak mudah semangat, walau tak elok telefon tu dia mesti nak cuba jadi sampai elok jugak.


Jom mak, kita balik. Abang nak tengok Snowgrey dah sihat ke belum.
Kesian dia...



 Tiba-tiba, Snowgrey makin teruk.! Nafasnya amat laju. Seperti menderita nak mati.
Masa ni Snowgrey menjerit seperti orang sakit.


Kami menangis..!


 Mak cuba bantu pernafasan Snowgrey supaya jantungnya normal. Mak tekan-tekan dada Snowgrey.
Tapi tiada respon.
Kami menjerit sekuat hati..menangis tengok Snowgrey akan mati.
:(


 Akhirnya...
Snowgrey pergi jua...
Abang meraung menangis sekuat hati. Adik ikut sama menangis.
Kami rindukan Snowgrey..Mak.. :(


 Ayah menggali kubur untuk Snowgrey.. Kami baca doa untuk Snowgrey.
Sedih sangat..!



Atas permintaan abang, ayah membenarkan kami mengambus Snowgrey.
Hati kami berat, tetapi kami harus tabah..
SNOWGREY-KAMI SAYANG KAMU.. :(



INILAH GAMBAR SNOWGREY DAN SNOWBLACK KETIKA KECIL.
CUTE KAN..
9 FEB 2014 - 18 SEP 2014

No comments:

Post a Comment